SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN ISLAM TQ

SOALAN


SET SOALAN
Bulatkan jawapan yang betul

1. Nyatakan pengertian solat dari segi bahasa…….
A.Pohon                                   B. Doa
C.Siap                                      D. Hajat

2. Berikan pengertian solat dari segi syarak
A.Pohon pada Allah Minta rezeki
B.Bersyukur pada Allah atas rezeki yang dikurniakan
C.Beberapa perkataan,perbuatan mula dengan takbir, akhir dengan salam.
D.Seronok dan gembira atas nikmat yang Allah kurniakan

3. Apakah hukum solat fardu
A. Wajib                                   B. Harus
C. Sunat                                  D. Makruh

4. Sebutkan jumlah waktu solat sehari semalam
A. 3 waktu                               B. 4 waktu
C. 5 waktu                               D. 6 waktu

5. Nyatakan sembahyang pada waktu pagi
A. Zohor                                  B. Maghrib
C. Asar                                    D. Subuh


6. Berapakah bilangan rakaat solat fardu sehari semalam
A. 12 rakaat                             B.14 rakaat
C. 16 rakaat                            D. 17 rakaat

7. Berapakah bilangan rukun solat
A. 9 perkara                            B. 11 perkara
C. 13 perkara                          D. 15 perkara

8. Sebutkan rukun solat yang kelima
A. Takbiratilihram                    B. Ruku’
C.Berdiri betul                         D. Salam

9. Nyatakan bilangan bahagian rukun solat
A. 3 bahagian                         B. 4 bahagian
C. 5 bahagian                         C. 6 bahagian

10. Jelaskan maksud  “ rukun  kauli “
A. Hati                                     B. Perkataan
C. Perbuatan                           D. Tertib

11. Berikut adalah rukun solat kecuali
A. Berwudhu’                           B. Niat
C.Berdiri betul                          D. Duduk antara dua sujud



12. Antara berikut yang manakah  bukan  termasuk dalam rukun Fi’ali
A. Membaca tahiyat akhir        B. Duduk tahiyat akhir
C. Berdiri betul                         D. Sujud

13. Apakah maksud rukun Qalbi ?
A. Hati                                    B. Perkataan
C. Perbuatan                          D. Perjalanan

14. Apakah perkara yang menyebabkan solat seseorang tidak sah ?
A. Yakin masuk waktu             B. Suci dari hadas
C. Tidak mengadap kiblat       D. suci dari najis

15. Antara berikut yang manakah termasuk dalam syarat wajib solat ?
A. Sujud                                  B. Tertib
C. Baligh                                 D. Ruku’

16. Siapakah orang yang wajib mengerjakan solat pada setiap hari ?
A. Melayu                                B. Orang Islam
C. Cina                                    D. Orang kafir

17. Jelaskan penyataan berikut. Ramli terlupa membaca tahiyat akhir dalam solat subuh pagi tadi. Apakah hukum solatnya ?
A. Makruh solatnya.                 B. Batal solatnya
C. Sunat solatnya                     C. Tiada masalah


18.Nyatakan masalah berikut. Karim sembahyang, tetapi dia tidak menutup aurat.Apakah hokum solatnya ?
A. Makruh solatnya                   B.Batal solatnya
C. Sunat solatnya                     D. Tiada masalah


19. Azmi telah meninggalkan salah satu daripada rukun solat, maka solatnya____________
A. Sah                                         B. batal
C. Harus                                      D. biasa

20. Di dalam sembahyang terdapat rukun, perkara sunat dan perkara yang membatalkannya. Manakah antara berikut termasuk dalam rukun-rukun solat ?
I. Membaca surah Al Fatihah
II. Membaca doa iftitah
III.Membaca tahiyat akhir
IV.Membaca doa Qunut

A.    I dan II
B.    II dan III
C.   III dan IV
D.   I dan III

21. Yang manakah antara penyataan di bawah termasuk di dalam syarat sah solat ?
A. Berniat ketika takbiratulihram
B. Duduk antara dua sujud
C. menutup aurat
D. Wajib tunai solat.

22. Menutup aurat dan mengadap kiblat termasuk dalam ………………..solat
A. Syarat sah solat
B. Syarat wajib solat
C. Rukun solat
D. Sunat haiat

23. Penyataan di bawah menunjukkan syarat wajib solat
A. Islam, baligh, berakal dan suci
B. Niat, berdiri betul dan membaca surah al fatihah
C. Menutup aurat, mengadap kiblat dan bersuci
D. Membasuh muka, kaki dan tangan

24. Allah mengfardukan solat lima waktu sehari semalam kepada umat islam dengan syarat-syarat tertentu. Daripada kenyataan berikut anda dikehandaki menilai hikmah menunaikan solat
I. Menguatkan iman
II.Mengabdikan diri kepada Allah
III. Rasa bangga kerana rajin solat
IV. Sentiasa member pertolongan.
A.    I dan II
B.    II dan III
C.   III dan IV
D.   Semua di atas





25. Dalam melakukan ibadah solat, di dalamnya terdapat rukun ,sunat, syarat sah solat dan sebagainya. Daripada kenyataan di atas, cuba nyatakan hikmah Alla mengfardukan solat.
A. Suka membantu rakan sebaya
B. Dapat memberi keringanan kepada umat islam
C. Memberi sedekah kepada orang miskin
D. Melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah


JADUAL ARAS SOALAN

Bil
Rumusan
Nombor soalan
1
Aras pengetahuan

1,2,5,6,7,9,13,14
2.

Aras  Kefahaman
3,10,19,16,15
3.
Aras  Aplikasi

4,19,18,17

4.
Aras  Analisis
11,12

5.
Aras  Sintesis
24,25

6.
Aras Penilaian
23,22,21


No comments:

Post a Comment